Semenjak tinggal di rumah Kak Nisa' (yang ditinggalkan sementara sebab her husband sambung belajar Master di US), saya dah mula berjinak-jinak dengan gardening dan eventually landscaping. Being a corner-lot house, lamannya memang luas, seluas 1500 kaki persegi– lebih luas dari yang termampu untuk saya jaga sendiri.
Apa-apa hal pun, ia memberi peluang untuk kami bereksperimen bercucuk-tanam dari sesuatu yang biasa macam rumput sampailah ke pokok tomato yang haus tak tentu pasal. Kalau korang jenis selalu tinggalkan rumah 2-3 hari satu-satu masa, tak payahlah tanam tomato, senang je dia haus, kering dan lepas tu macam hidup segan mati tak mahu. Tomato ni perlu siram sebaik-baiknya 2 kali sehari, paling tidak pun sekali sehari.
Anyway, I'm digressing. Memandangkan kami dah berpeluang cuba tanam pokok ini dan itu sejak 9 bulan yang lepas, banyak juga hint dan idea yang dapat. Seperti mana rumah-rumah semi-d, laman rumah kami ni tak lah sebesar mana pun, tapi cukup besar to keep me occupied tapi cukup kecil to not overwhelm me as well – 10' lebar kat tepi dan belakang.
Lazimnya rumah semi-d ada sliding door kat tepi. But the downside, sliding door semi-d will usually face your next door neighbour's sliding door. Sebab nak mendapatkan ruang privasi, jenuh juga memikirkan penyelesaian yang sesuai. Mulanya nak letak saja pokok hiasan yang agak tinggi dalam pasu besar, contohnya Pinang Kuning atau Merah. Tapi lepas buat carian online, rasanya pagaran kayu buat tempat pokok menjalar antara yang paling menarik.
Kebetulan minggu lepas ada Karnival Landskap Negara 2010 di Taman Tasik Cempaka, Bangi. Jadi, lepas saja sarapan pagi Sabtu kami terus ke karnival. Memang menarik, ada landskap binaan seperti gazebo dan juga tanaman, dari pokok bunga hiasan, buahan, yang berjuntai sampailah yang dicari-cari pokok menjalar. Seri Pagi bunga biru muda. Bagusnya Seri Pagi ni dia senang membesar. Baru je 3 hari kami beli dia dah mula menjalar naik ke pancur air, kebetulan kami letak berhampiran sebab nak lindung dari panas matahari semenjak dua menjak ni.
Selesai masalah ruang privasi hadapan sliding door. Pagaran kayu dengan pokok Seri Pagi yang menjalar. Hanya nak tunggu buat je.
No comments:
Post a Comment